Apa itu Gamat dan Kelebihannya?
Gamat atau Timun laut merupakan sejenis haiwan invertebrata
(tanpa tulang belakang) laut yang meraih populariti dewasa ini di sebabkan khasiat
dan nilai terapeutiknya yang mengkagumkan. Malah, kuasa penyembuhannya telah
di agungkan dan di manfaatkan oleh nenek moyang kita sejak lebih 300 tahun
dahulu.
Tergolong didalam filum Ekinodermata, spesis Timun Laut yang
didapati berkesan dari segi nilai keberkesanannya adalah daripada genus
Sticophus atau lebih dikenali Gamat. Nama lainnya mengikut panggilan setempat
termasuklah 'balat' 'bat' 'brunok' 'trepang atau 'hoi-sum'.
Hampir 42 spesis Timun Laut telah dikenalpasti di perairan
Malaysia sementara lebih dari 2,000 spesis wujud di serata dunia.Umumnya
haiwan ini berbentuk silinder, leper pada bahagian dorso-ventral dan
mempunyai bukaan di bahagian anterior dan posterior.
Pembiakan boleh secara seksual atau aseksual. Ianya adalah
haiwan detritus iaitu makan secara menyapu pasir ke dalam mulut. Pergerakan
haiwan yang lambat menyebabkan ianya perlu mempunyai mekanisme pertahanan
tubuh yang efisyen iaitu mengeluarkan Holothurinyang toksik dan dapat
melumpuhkan haiwan kecil.
Holothurin dikeluarkan oleh kelenjar khusus yang dikenali
sebagai Kuvier. Sebatian ini telah dicamkan seawal tahun dua puluhan dan
hanya diberi penekanan yang intensif pada tahun 1950an. Saponin adalah
Holothurin yang utama yang dipercayai berkesan dalam penyembuhan luka,
rawatan selepas bersalin dan sebagai antifungus.
Kajian Timun Laut tempatan hanya bermula pada awal 1980an di
Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Sabah. Kemudian muncul beberapa
kumpulan penyelidik lain misalnya dari Universiti
Kumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan
|
Analisa keatas tubuh dan
cecair selom Gamat mendapati yang ianya tinggi dengan kandungan protein yang
melebihi 44%, manakala karbohidrat antara 3-5% dan lemak sebanyak 1.5%.
Komponen-komponennya termasuklah asid amino esential, kolagen,
vitamin E, zat-zat galian seperti kromium, ferum, kadmium, mangan, nikel,
kabalt dan zink.
Kandungan asid lemak mustahak seperti EPA (asid omega eikosapentaenoik) danDHA (asid omega dekosaheksaenoik) turut memainkan peranan
penting sebagai agen penyembuh luka dan antithrombotik iaitu berupaya mengurang
kan
kejadian pembekuan darah di dalam saluran darah. Ini dapat mengurangkan risiko
penyakit 'Strok' dan 'Jantung'.
Kedua-dua asid ini dipercayai juga membantu memperlahankan proses degenerasi sel disamping melambatkan proses penuaan. Bahan bioaktif didalam Gamat turut berkesan sebagai antioksidan yang membantu mengurangkan kerosakan
sel dan tisu tubuh. Ia juga penting untuk menjamin kesuburan badan.
Kesan anti-bakteria anti-fungus meningkatkan kemampuannya untuk tujuan rawatan kulit. Gamat juga didapati mempunyai kesan anti-nosiseptif (penahan sakit) dan anti-inflamasi (lawan radang dan surut bengkak).
Kajian pemerhatian terhadap penduduk di Kudat, Semporna, Setiu, Kuantan, Pekan dan Pulau Pangkor menguatkan lagi bukti keberkesanan Gamat sebagai agen anti-hipertensi (mengurangkan tekanan darah tinggi). Sementara kajian-kajian di luar negara turut menyerlahkan potensi Gamat sebagai anti-tumor dan memberi kesan positif terhadap penyakit Aids.
Secara tradisional pula, GAMAT dipercayai berkesan
Kandungan asid lemak mustahak seperti EPA (asid omega eikosapentaenoik) dan
Kedua-dua asid ini dipercayai juga membantu memperlahankan proses degenerasi sel disamping melambatkan proses penuaan. Bahan bioaktif didalam Gamat turut berkesan sebagai antioksidan yang membantu mengurang
Kesan anti-bakteria anti-fungus meningkatkan kemampuannya untuk tujuan rawatan kulit. Gamat juga didapati mempunyai kesan anti-nosiseptif (penahan sakit) dan anti-inflamasi (lawan radang dan surut bengkak).
Kajian pemerhatian terhadap penduduk di Kudat, Semporna, Setiu, Kuantan, Pekan dan Pulau Pangkor menguatkan lagi bukti keberkesanan Gamat sebagai agen anti-hipertensi (mengurangkan tekanan darah tinggi). Sementara kajian-kajian di luar negara turut menyerlahkan potensi Gamat sebagai anti-tumor dan memberi kesan positif terhadap penyakit Aids.
Secara tradisional pula, GAMAT dipercayai berkesan
- untuk
meningakatan kesihatan badan,
- mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman,
- mengurangkan rasa sakit sendi, badan dan lenguh
otot,
- menghindari
masaalah alahan dan lelah,
- melawan
radang dan meredakan bengkak,
- melancarkan
pengaliran darah,
- memulihkan
sistem peranakan selepas bersalin,
- masaalah
resdung, buasir dalam dan luar,
- mencantikkan
kulit dan awet muda,
- meningkatkan metabolisma dan membantu masaalah
keletihan,
- menghindari sembelit dan masaalah buasir, menguatkan
tenaga batin,
- melegakan
migrain
- mengurangkan
tekanan darah tinggi dan mengawal kencing manis, kolestrol serta lain-lain
lagi.
Menyedari hakikat Gamat memiliki
khasiat keberkesanan yang tinggi sehingga boleh menandingi Akar Ginseng, maka GESB (Gamat
eMAS sdn bhd) berganding bahu dengan UKM dan SIRIM Berhad memformulasikan
produk-produk Gamat dibawah pengawasan pakar bagi kegunaan harian dan kesihatan
dengan jenama èMas khusus untuk anda!
Pengenalan
Rawatan Alternatif merupakan satu skop yang terlalu luas untuk
diperhalusi. Gamat, antaranya merupakan satu produk alternatif tradisional yang
telah digunakan sejak dari 300 tahun dahulu. Air gamat yang busuk baunya itu
telah diamalkan oleh nenek moyang kita untuk menyembuhkan pelbagai jenis
penyakit. Sehingga kini masih lagi digunakan secara meluas walaupun bau air
masih tetap busuk. Kenapa? Ini disebabkan masyarakat kita sememangnya
mempercayai dan memperakui bahawa air gamat itu berkesan dari segi rawatan dan
penyembuhan.
Perkembangan teknologi moden kini telah menular mempengaruhi
produk-produk tradisional. Syarikat
Gamat eMas Sdn Bhd. tidak
ketinggalan bagi memainkan peranan untuk memertabatkan produk kebanggaan kita.
Gamat eMas menjanjikan satu kelainan pada produk gamat yang dipasarkannya.
Inisiatif untuk menjalinkan usahasama dengan universiti tempatan dan SIRIM Bhd.
merupakan langkah kami untuk memastikan keberkesanan pada formulasi dan kualiti
pada produk kami.
Mungkin timbul persoalan mengapa pihak syarikat memilih gamat
untuk diketengahkan kerana terlalu banyak produk gamat sekarang di pasaran.
Kami di Gamat eMas sentiasa menitikberatkan ketulinan ekstrak gamat yang
diproses dan digunakan adalah dari spesis Stichophus Variegatus agar
keberkesanan produk tidak dipertikaikan. Malah dengan kajian (R & D) yang
dijalankan dari masa ke semasa, kewibawaan produk di bawah jenama eMas pasti
tidak akan tercabar. Keunggulan tanpa keraguan akan dijadikan tonggak kepada
semua produk yang dihasilkan oleh Gamat eMas Sdn Bhd. Dan kami percaya gamat
merupakan khazanah dari laut yang mempunyai nilai terapeutik universal yang
terlalu berharga untuk tidak dikongsikan bersama dengan para pengguna sekelian.
PERINGATAN PENTING
Penyelidikan tentang Gamat telah di jalankan sejak tahun 1983
lagi dipelopori oleh Prof. Madya Dr. Ridzwan Hashim dari UKM. Manual ini di
ilhamkan mengambil kira data-data awal dari ujian makmal dan testimonial yang
didapati bertujuan untuk dijadikan garis panduan penggunaan produk Gamat eMas
sementara menunggu data-data klinikal yang lebih terperinci di masa hadapan.
Saranan di dalam manual ini merupakan syor di dalam mengikhtiarkan Rawatan
Alternatif berasaskan Gamat.
Penulis tidak menjanjikan jaminan kepada syor yang diberi kerana
setiap usaha itu, hanya kepada Allah swt kita bertawakkal.
*WallahuAlam..
Sumbangan oleh : Dr Syid Ayob bin Syid Mustafa Alqudri
MD V.U.B (Brussels , Belgium )
Sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hbungi 0124619969.
MD V.U.B (
Sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hbungi 0124619969.
Sekian, terima kasih. :)